KUALA LUMPUR 2 Sept. – Universiti Malaya (UM) telah menawarkan sebanyak 12 tempat kepada pelajar berstatus orang kurang upaya (OKU) untuk pengambilan peringkat sarjana muda tahun ini. Sesi pendaftaran yang berlangsung di kampus universiti berkenaan di sini hari ini menyaksikan 10 daripada pelajar OKU itu ditempatkan di Kolej Kediaman Ketujuh, Za’ba manakala dua lagi di Kolej Kediaman Ke-12, Raja Dr. Nazrin Shah. Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) yang menjalankan fungsi sebagai…