SHAH ALAM 5 Sept. – Mahkamah Majistret di sini membenarkan dua anggota polis dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat dalam rasuah bagi menutup saman-saman trafik yang dikenakan kepada pemilik kenderaan. Tahanan reman terhadap dua anggota polis berpangkat Sub Inspektor dan Sarjan ini dibuat selepas semalam tiga lagi anggota polis berpangkat Sarjan, Koperal dan Lans Koperal direman berhubung kes…










