SAUDARA PENGARANG, MOHON jasa baik pihak berwajib khususnya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mahupun pihak kontraktor projek agar membaiki jalan utama Kampung Lombong Seksyen 29, Shah Alam. Jalan ini perlu diturap dengan secepat mungkin. Saya ingin maklumkan jalan ini sudah dua minggu dibaiki tetapi tiada penurapan baharu dilakukan. Diharap dapat kiranya tindakan segera diambil pihak berwajib kerana laluan ini sesak teruk sehingga tiga kilometer…









