Tunggu keputusan Pas malam ini - Utusan Malaysia

Tunggu keputusan Pas malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 26 Sept. – Penyokong Pas diharap bersabar dan tidak perlu membuat sebarang spekulasi awal sama ada Pas akan bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau bagaimanapun yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan diberi kemenangan percuma dalam PRK tersebut.

“Kita sebagai sebuah jemaah perlu menunggu keputusan tertinggi parti sama ada mahu terlibat (dalam PRK), nak masuk atau tidak masuk itu atas keputusan pimpinan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“(Port Dickson) pengundinya pelbagai bangsa, orang India pun ramai, mungkin ada calon Bebas akan masuk, kebiasaan kita lihat mana-mana PRK setakat ini memang tidak akan ada kemenangan percuma.

“Sewaktu Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) meninggal dunia dulu pun UMNO tidak masuk bertanding (PRK DUN Chempaka) tetapi calon Bebas tetap ada,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu, pimpinan parti akan mengadakan mesyuarat khas di Kuala Terengganu, Terengganu malam ini bagi memutuskan pendirian sama ada akan bertanding atau tidak dalam PRK Parlimen Port Dickson. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini