Tukar BN jadi parti berbilang kaum – Lokman - Utusan Malaysia

Tukar BN jadi parti berbilang kaum – Lokman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam mencadangkan supaya fungsi Barisan Nasional (BN) ditukar menjadi sebuah parti politik berbilang kaum yang akan membentuk gagasan kerjasama politik melibatkan UMNO, MCA, MIC dan Pas.

Lokman Noor Adam

Menurut beliau, kewujudan parti itu nanti diharap dapat menarik sokongan serta memenuhi kehendak golongan masyarakat Cina, India serta Melayu berpendirian sederhana yang mahukan sebuah parti yang mempunyai asas berbilang kaum.

“Parti itu nanti akan dipimpin oleh seorang pemimpin Melayu tetapi membuka keahliannya kepada bukan Melayu.

“Saya lihat jika kita boleh wujudkan parti itu di dalam gagasan baharu yang akan dibentuk, kita boleh tarik sokongan masyarakat India, Cina dan mungkin juga orang muda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima penyerahan borang pendaftaran keahlian UMNO daripada bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim di sini, hari ini.

Lokman menambah, langkah itu juga berupaya memperbetulkan persepsi negatif yang ditanam oleh DAP kononnya UMNO hanya menjaga kepentingan orang Me­layu.

“Ada pandangan supaya UMNO perlu lebih sederhana dan tidak kelihatan terlalu islamik namun bagi saya, dengan kerjasama bersama Pas ketika ini, UMNO dilihat telah berjaya menarik kembali sokongan orang Melayu kerana kita sudah dalam proses untuk kembali kepada mempertahankan agama Islam dan kepentingan orang Melayu.

“Tidak dapat dinafikan, UMNO dan BN juga perlu mendapatkan sokongan masyarakat Cina dan India, oleh itu saya lihat perlu ada pendekatan khusus dilakukan.

“Kalau mahu jadikan UMNO sebuah parti yang moderat dan liberal, saya yakin kita tidak akan dapat mampu menandingi PKR yang sememangnya sangat li­beral,” katanya.

Sementara itu, menurut beliau, pembangkang perlu meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan ditan­dingi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sewajarnya BN ataupun Pas perlu meletakkan calon supaya jika menang kekuatan pembangkang di Parlimen dapat ditambah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN