Tubuh jawatankuasa atasi kekurangan guru - Utusan Malaysia

Tubuh jawatankuasa atasi kekurangan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Sept. – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPM) menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani masalah kekurangan guru di beberapa negeri khususnya di Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pihaknya menyedari situasi berkenaan dan akan mengambil langkah segera untuk mengatasinya. 

“Masalah kekurangan guru ini masih berada pada tahap terkawal, namun kita perlu mengatasinya dengan kadar segera. 

“Antara yang dipertimbang termasuklah pemberian elaun tambahan bagi menarik minat lebih ramai tenaga pengajar ke kawasan terlibat,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Perasmian Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan (PPIPK) 2018 di Kampus Temenggong Ibrahim di sini sebentar tadi.

Antara punca yang dikenal pasti menyebabkan kekurangan guru di empat negeri itu termasuk kos sara hidup tinggi dan melibatkan kawasan pedalaman. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN