TPM mahu lebih banyak taska di tempat kerja - Utusan Malaysia

TPM mahu lebih banyak taska di tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 18 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak disediakan di tempat kerja dengan mengutamakan syarat-syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata, isu pusat penjagaan kanak-kanak perlu diberi perhatian justeru berharap lebih banyak organisasi menubuhkan pusat tersebut di tempat kerja.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pusat jagaan kanak-kanak di Ibu Pejabat AirAsia RedQ, Taska Krista@RedQ di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Taska Krista@RedQ menerima kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun dan setakat ini taska tersebut mempunyai seramai 42 kanak-kanak.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN