KUALA LUMPUR 22 Sept. – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Penaung baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menzahirkan rasa dukacita berhubung masalah kesihatan dialami pemain badminton No.1 negara, Datuk Lee Chong Wei yang menghidap barah hidung.
Berduka mendengar pengkhabaran Datuk Lee Chong Wei menghidap barah hidung peringkat awal. DCLW sedang menerima rawatan di Taiwan. Sama-sama kita mendoakan DLCW diberi kesembuhan sempurna
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) September 22, 2018
Memuatkan artikel berkaitan…
Timbalan Perdana Menteri dengan itu mengajak seluruh rakyat Malaysia mendoakan semoga Chong Wei sembuh seperti sedia kala.
“Berduka mendengar perkhabaran Chong Wei menghidap barah hidung peringkat awal. Chong Wei sedang menerima rawatan di Taiwan.
“Sama-sama kita mendoakan Chong Wei diberikan kesembuhan sempurna,” katanya dalam status di Twitter rasmi beliau, hari ini.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria hari ini mengesahkan Chong Wei dikesan menghidap kanser hidung peringkat awal.
“Chong Wei sedang menjalani rawatan di Taiwan dan berada dalam keadaan baik. Kami berharap semua pihak terus memberikan sokongan kepadanya dan menghormati privasi pemain serta keluarganya buat masa sekarang,” katanya. – UTUSAN ONLINE











