Disangkakan sebagai wajah baharu dalam persada seni Hollywood, ironinya Noah Centineo terlebih dahulu mencipta nama menerusi filem sulung yang diterbitkan pada 2009 berjudul The Gold Retrievers. Kemudian, Centineo mengembangkan lakonannya dengan muncul dalam beberapa program televisyen terbitan Disney seperti Austin & Ally (2011), Shake It Up (2013) dan Jessie (2014). Dalam pada itu, Centineo juga pernah muncul menerusi beberapa program televisyen di saluran Nickelodeon iaitu Marvin Marvin (2013) dan See…