KUALA LUMPUR 29 Sept. – Sesiapa sahaja pemimpin UMNO yang terpalit dengan apa juga bentuk penyimpangan diminta keluar daripada parti itu. Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO yang kini perlu meraih kembali dokongan rakyat tidak boleh lagi pada sebilang masa dijadikan perisai kedurjanaan diri. Dalam ucapan dasarnya yang bertajuk Kembali Bangkit, Asyraf Wajdi menegaskan, tindakan menunggang parti merupakan antara penyebab UMNO ditolak dalam pilihan raya umum lalu.…










