PENGUMUMAN persaraan bilionair terkenal negara China, Jack Ma daripada perniagaan e-dagangnya, di bawah jenama Alibaba mungkin mengejutkan ramai pihak memandangkan beliau baharu berusia 54 tahun. Bersara awal memang sudah menjadi idaman sesiapa sahaja. Dengan kekayaan yang beliau kecapi melalui syarikat Alibaba yang bernilai RM1.74 trilion, sudah tentulah beliau tidak perlu runsing akan sebarang masalah kewangan yang bakal dihadapi kelak. Malah, beliau menyatakan bahawa persaraannya adalah permulaan satu era dalam hidupnya.…










