SHAH ALAM – Tiga termasuk seorang suri rumah terselamat daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan daripada pertuduhan membunuh suami wanita tersebut, lima tahun lalu. Hakim Datuk Mohd. Azman Husin memutuskan keputusan itu terhadap R. Yagavali, 55, dan menantunya, P. Gunalan, 33, serta rakan mereka, P. Keeshor Kumaar, 24, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan.…










