Tiga suspek seludup haiwan eksotik dihadapkan ke mahkamah Jumaat ini - Utusan Malaysia

Tiga suspek seludup haiwan eksotik dihadapkan ke mahkamah Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Tiga suspek lelaki berusia 40 hingga 50 tahun yang cuba menyeludup 435 ekor haiwan eksotik menggunakan jalan laut melalui perairan negara ini untuk dijual ke Thailand disambung reman selama dua hari sehingga Jumaat ini sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah di Kompleks Mahkamah Kangar di sini pagi tadi selepas menerima permohonan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perlis.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Jumaat ini.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek warga Indonesia itu tiba di kompleks mahkamah kira-kira pukul 9.40 pagi hari ini.

seludup
Tiga warga Indonesia disambung rema atas kesalahan cuba menyeludup haiwan yang dilindungi.

 

Kosmo! Online melaporkan pada Sabtu lalu, cubaan tiga lelaki untuk menyeludup 435 ekor haiwan eksotik dan unggas termasuk dua ekor anak Orang Utan terbongkar apabila kapal tongkang dinaiki mereka ditahan di perairan Pulau Langkawi-Kuala Perlis di sini.

Ketiga-tiga suspek warga Indonesia itu ditahan kira-kira pukul 12.25 pagi oleh anggota dari cawangan Penguatkuasaan Kastam Marin Kuala Perlis ketika membuat rondaan di perairan Malaysia-Thailand.

Difahamkan, kesemua haiwan itu dipercayai dibawa dari Sumatera untuk diseludup ke negara Thailand untuk dijadikan haiwan peliharaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN