Tidak perlu tangguh pemilihan PKR - Utusan Malaysia

Tidak perlu tangguh pemilihan PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di semua peringkat yang dijadual bermula minggu hadapan tidak perlu ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjalanan kempen pemilihan tersebut kini sudah berada di peringkat akhir dan perlu dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Di antara parti dengan kepentingan menang di kawasan mana lebih penting? Kalau dua-dua penting kamu dah berkempen selama sebulan cukuplah, tumpu (fokus) di Port Dickson,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 pemimpin dan anggota PKR pada Program Agenda Malaysia Baharu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh di sini malam tadi.

Anwar yang merupakan Presiden PKR yang baharu dipilih turut menasihatkan ahli-ahli parti di seluruh negara agar membuat pilihan yang bijak dengan mengelakkan pemimpin yang sombong dan korup.

“Orang tanya pemimpin bagaimana yang hendak dipilih. Pilihlah yang terbaik dari segi peribadi, akhlak, tidak khianat atau subahat dengan orang lain serta taat pada parti. Kalau ada (calon) ugut hendak lompat, kita bagi dia lompat dulu.

“Saya menganggap ia sebagai pertarungan keluarga. Berbeza pendapat biarlah bukan bertumbuk, bukan nak menjahanamkan tetapi cukuplah setakat ini kerana kita hendak proses pemilihan yang sihat,” katanya.

Semalam, calon Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR menangguhkan pemilihan parti itu di semua peringkat dan mengaktifkannya kembali hanya selepas PRK Port Dickson selesai.

Katanya, ia bertujuan untuk memperlihatkan permuafakatan penuh dalam PKR di segenap lapisan dan memberi fokus pada PRK yang ditanding oleh Anwar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN