PONTIAN 2 Sept. – Penjagaan dan pemuliharaan alam semula jadi di negeri ini tetap diberikan perhatian bagi mengimbangi kerancakan pembangunan ekonomi yang dilakukan ketika ini. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, Johor bertuah kerana dikurniakan pelbagai sumber alam semula jadi antaranya Gunung Ledang, hutan hujan tropika berusia 248 tahun dan satu kawasan di sini dikenali sebagai penghujung tanah benua Asia. “Begitu juga kita memiliki persisiran pantai menarik termasuk di pulau-pulau…

 
								 
											









