Test 1: Bekas pemain bola sepak Perak ditahan terlibat kes samun - Utusan Malaysia

Test 1: Bekas pemain bola sepak Perak ditahan terlibat kes samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang bekas pemain bola sepak Perak ditahan polis malam kelmarin selepas dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun bersenjata bersama rakannya sejak Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, bekas pemain berusia 32 tahun dan rakannya berumur 33 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam dua serbuan berasingan antara pukul 11.30 malam kelmarin dan 1 pagi semalam.

“Kedua-dua suspek ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan samun di Jalan Kamaruddin Isa di sini 2 Februari lalu.

“Dalam kejadian pada pukul 11.10 malam itu, mangsa didatangi dua lelaki sebelum mengacukan pisau dan mengugut supaya menyerahkan beg tangannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Mohd. Ali, mangsa mengalami kerugian wang tunai berjumlah RM1,340 dan dua telefon bimbit berserta dokumen pengenalan peribadi.

“Polis merampas empat telefon bimbit, sebuah motosikal dan sebatang besi yang dipercayai digunakan suspek untuk menyamun daripada suspek.

“Mereka berdua kini direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN