SAUDARA PENGARANG, SELEPAS lebih 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Barisan Nasional, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih merasakan prestasi menteri Kabinetnya kurang mantap dan berkesan. Maka adalah wajar untuk beliau menegur prestasi anak buah beliau. Di sini, rakyat boleh nampak betapa Perdana Menteri inginkan satu barisan menteri yang benar-benar bekerja untuk rakyat bagi memastikan semua rakyat mampu menikmati kesejahteraan hidup melalui kepimpinan negara…










