Terengganu yakin terima royalti ikut jadual - Utusan Malaysia

Terengganu yakin terima royalti ikut jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 14 Sept. – Terengganu yakin akan menerima royalti minyak daripada kerajaan Persekutuan mengikut jadual dengan pembayarannya disalurkan terus ke dalam akaun negeri.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berdasarkan laporan minit mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dihantar kepadanya minggu lalu.

Dr. Ahmad Samsuri berkata, laporan itu turut menyebut pembayaran dibuat mengikut kadar lazim diterima sebelum ini iaitu lima peratus.

“Saya optimis kita akan memperoleh royalti sebagaimana dalam perjanjian. Minit mesyuarat itu sudah sampai di atas meja saya dan menyebut secara jelas yang Terengganu akan menerima wang berkenaan.

“Terma wang ehsan sudah tiada dan digantikan dengan terma wang royalti yang akan diberi terus dalam akaun negeri,” katanya dalam wawancara bersama Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Dr. Ahmad Samsuri, minit mesyuarat berkenaan turut memperincikan pendirian kerajaan Pakatan Harapan yang tidak akan menganaktirikan empat negeri pengeluar sumber itu walaupun wujud perbezaan politik.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, pelaksanaan 20 manifesto Pas Terengganu terpaksa ditunaikan secara berperingkat disebabkan peruntukan kewangan negeri yang hampir habis dibelanjakan oleh pentadbiran lalu.

 Katanya, ini ekoran sebahagian besar daripada  apa yang dijanjikan itu berkait dengan kedudukan kewangan yang bergantung kepada perolehan dalam perjanjian royalti.

“Apabila kami mengambil alih pemerintahan pada bulan Mei, kita dapati terimaan pertama yang kita pada bulan April untuk tempoh setahun itu pada bulan Mei dan Jun hampir habis dibelanjakan.

“Kita terpaksa membuat rancangan baharu bagaimana untuk mengatasi kekurangan kewangan dan kita jangkakan pada bulan ini, kalau mengikut keadaan biasa akan ada terimaan baharu. Jadi dengan terimaan itu kelak,  kita boleh melaksanakan perkara tertentu yang dijanjikan,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata, antara perkara yang telah dilaksanakan tanpa memerlukan peruntukan kewangan besar ialaj pemberian lot tanah dalam  rancangan tanah baharu (RTB) kepada rakyat yang memerlukan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN