LIPIS 12 Sept. – Tenis kini bukan sahaja didominasi oleh pemain elit atau mereka yang tinggal di bandar, malah sukan berkenaan turut diminati oleh penduduk luar bandar. Sukan itu yang digilap menerusi aktiviti kokurikulum sekolah memperlihatkan kemampuan murid yang tinggal di kampung dan tanah rancangan Felda menguasainya dengan mengungguli kejayaan di peringkat daerah serta negeri. Buktinya, pasukan tenis daerah ini yang dibarisi murid dari penempatan Felda dan kampung di kawasan…










