Tempoh sejam media sosial keluarkan propanda pengganas - EU - Utusan Malaysia

Tempoh sejam media sosial keluarkan propanda pengganas – EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STRASBOURG, PERANCIS 12 Sept. – Kesatuan Eropah (EU) mencadangkan agar media sosial dan laman sesawang diberi tempoh sejam mengeluarkan propaganda kumpulan pengganas atau berhadapan tindakan pihak berkuasa ataupun denda yang tinggi.

Cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker merupakan pendekatan paling tegas setelah selama ini EU hanya berharap firma internet melakukannya secara sukarela.

“Penduduk Eropah berharap kepada EU untuk melindungi mereka dan hari ini suruhanjaya ini mencadangkan peraturan baharu terhadap pintu gerbang yang telah melakukan kerosakan teruk iaitu mengeluarkan bahan keganasan dalam laman sesawang dalam tempoh sejam,’’ katanya.

Menurut beliau pada Januari sahaja hampir 7,000 propaganda baharu disebarkan secara dalam talian daripada kumpulan pengganas Daesh walaupun mereka telah diusir di kebanyakan kubu kuat di Iraq dan Syria. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN