Taufan Rosa ancam Mexico - Utusan Malaysia

Taufan Rosa ancam Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY 27 Sept. – Taufan Rosa mula terbentuk di luar pantai utara Mexico di Lautan Pasifik, mengancam sebuah negeri yang baru dilanda banjir yang meragut 10 nyawa baru-baru ini.

Menurut Pusat Taufan Nasional Amerika Syarikat (AS), Rosa adalah taufan ke-10 dari Pasifik dan dijangka membadai semenanjung Baja California, Isnin depan.

Fenomena itu berubah daripada ribut tropika menjadi taufan kategori satu dan kekuatannya meningkat kepada kategori tiga, hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN