MADRID 20 Sept. – Cristiano Ronaldo mungkin sudah meninggalkan Real Madrid, namun gergasi bola sepak Sepanyol itu masih memiliki ramai bintang yang membolehkan mereka memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan membenam Roma 3-0, hari ini. Isco, Gareth Bale dan penyerang baharu kelab, Mariano Diaz meledak gol di Santiago Bernabeu untuk memastikan juara bertahan itu membuka kempen dengan langkah kanan. Pengendali Real, Julen Lopetegui turut memuji Diaz kerana memanfaatkan peluang yang diberi…










