BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan kes seekor kucing bunting yang dibunuh secara kejam oleh dua lelaki di dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri sehingga tular dalam media sosial. Perbuatan kejam itu buat pertama kali juga mendapat liputan meluas media massa. Sebelum ini kes-kes penganiayaan dan penderaan ke atas haiwan jarang mendapat pembelaan selain hukuman yang dijatuhkan terhadap pelaku juga tidak begitu setimpal. Kucing adalah makhluk Tuhan…









