SEMUA orang tahu Malaysia adalah negara berbilang kaum. Ada Melayu, Cina dan India serta lain-lain kaum dalam minoriti kecil. Dalam suasana sambutan Hari Kebangsaan ketika ini pula, ramai akan bercakap mengenai semangat patriotik dan sejauh mana rakyat negara ini hidup bersatu-padu dan harmoni dalam kepelbagaian kaum itu. Sudah pasti akan ada pihak yang akan membangkitkan soal berkenaan apabila ada isu-isu tertentu yang dikatakan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum. Lebih-lebih lagi jika…










