Taiwan Expo 2018 menampilkan lebih banyak produk halal - Utusan Malaysia

Taiwan Expo 2018 menampilkan lebih banyak produk halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Lebih 22,000 dijangka hadir ke Taiwan Expo 2018 di Pusat Konvensyen dan Pameran Kuala Lumpur (KLCC) yang akan menampilkan 12 pavilion pameran utama.

Ini merupakan tahun kedua Taiwan Expo dianjurkan di Malaysia dan pelbagai inovasi ditonjolkan bagi mempamerkan kecanggihan penyelidikan serta pembangunan negara tersebut.


Pengarah Eksekutif Jabatan Pemasaran Indusri, Majlis Pembagunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), Felix Chiu berkata, expo kali ini menampilkan lebih banyak gerai halal bagi menarik lebih ramai pengunjung. 


“Memandangkan Malaysia memainkan peranan penting dalam pensijilan halal di seluruh dunia, jadi kami mengambil kesempatan yang ada dengan menampilkan lebih banyak gerai halal. 


“Setiap produk berstatus halal yang dibawa ke Malaysia telah disahkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kami juga akan mempamerkan lebih banyak produk kosmetik yang halal untuk digunakan oleh semua orang, ” katanya di majlis Pelancaran Taiwan Expo 2018 di sini hari ini.

Selain itu, dengan menggunakan tema ‘Menghubungkan Taiwan, Menghubungkan Dunia’ Taiwan Expo 2018 bakal menampilkan sebanyak 250 gerai oleh 200 syarikat meliputi pelbagai kategori seperti Bandar Pintar, Halal Taiwan, Gaya Hidup dan Pelancongan Taiwan dan Penjagaan Kesihatan.

Menurut wakil Pejabat Budaya dan Ekonomi Taipei di Malaysia, Su Anne Hung berkata, selain daripada menfokuskan enam pameran utama di expo tersebut terdapat juga aktiviti yang akan memberi peluang kepada orang ramai untuk memahami produk keluaran Taiwan dengan lebih mendalam.

“Di expo kami beberapa seminar dan forum perniagaan akan berlangsung serentak dengan Taiwan Expo untuk berkongsi pengalaman dan idea-idea Taiwan dalam bidang penyelidikan serta pembangunan,’ katanya.

Taiwan Expo 2018 akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 Oktober sehingga 27 Oktober ini di di Pusat Konvensyen dan Pameran Kuala Lumpur.

Selain daripada pameran pengunjung juga berpeluang untuk memenangi tiga tiket penerbangan ke Taiwan secara percuma. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN