KUALA TERENGGANU 27 Sept. – Tindakan kerajaan mahu menutup pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur sekiranya pengetua di pusat tersebut didapati bersalah meliwat sembilan pelajarnya disifatkan sebagai pendekatan zalim, sekali gus merendahkan lagi imej institusi agama itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, dalam kes tersebut, pesalah adalah individu maka tidak sepatutnya warga pusat tahfiz secara keseluruhannya termasuk tenaga pengajar, pelajar dan orang persendirian yang menderma…










