AKPS rekod 50 kes sejak awal Januari

AKPS rekod 50 kes sejak awal Januari

Kes AKPS
MOHD. Shuhaily Mohd. Zain ditemui pemberita pada sidang akhbar rampasan daging anak babi beku dekat Pelabuhan Barat, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) merekodkan kendalian 50 kes di pintu sempadan darat, udara dan laut dengan rampasan berjumlah RM2 juta sehingga 21 Januari tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pencapaian itu hasil usaha pasukan AKPS yang baru 13 bulan beroperasi.

”Kejayaan tahun lepas adalah hasil usaha anak buah saya daripada pelbagai teras. Ia bukan kejayaan saya seorang, tetapi mereka. Saya hanya mengemudi, sekiranya mereka menunjukkan prestasi baik, mereka yang patut dipuji,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelas beliau, justeru AKPS dalam proses untuk mengambil 200 pesara tentera bagi mengukuhkan peranan agensi itu seperti mana diumumkan dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan tahun lalu.

”Kita sedang melengkapkan proses dan prosedur pengambilan, langkah itu bagi memastikan tiada perkara berbangkit berhubung pengambilan veteran tentera.

“Kelulusan itu memang sudah diluluskan sejak Belanjawan diumumkan sebelum ini. Itu memang secara dasarnya,” jelasnya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sesi lisan di Parlimen dilaporkan memaklumkan, JPA yang meluluskan 200 pejawatan bagi pengambilan bekas anggota tentera untuk AKPS.

Malah, Mohd. Shuhaily turut memaklumkan beliau memohon penambahan jawatan bagi AKPS Pelabuhan Klang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN