HARI Raya Aidiladha baru saja berlalu. Kepada umat Islam, hari tersebut sangat istimewa kerana mereka berpeluang untuk melaksanakan ibadah korban. Ibadah korban ialah menyembelih binatang korban seperti lembu, unta atau kambing yang dilaksanakan untuk mengingati kisah pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim AS. Rakyat Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah tersebut saban tahun kerana ia adalah satu sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Dalam menunaikan harapan dan niat…










