TOKYO – Bitcoin dan lain-lain mata wang digital bernilai kira-kira 6.7 bilion yen (RM248 juta) telah dicuri di Jepun berikutan serangan penggodam, kata pengendali pertukaran maya semalam. Tech Bureau yang berpangkalan di Osaka dan mengendalikan pertukaran mata wang maya Zaif berkata, pelayan mereka telah diakses secara haram sebelum berlaku pemindahan wang. “Kami enggan memberi sebarang komen mengenai bagaimana akses haram ini berlaku kerana ia merupakan satu jenayah. Kami telah meminta…










