GEORGE TOWN – Tindakan pantas polis menahan seorang pemandu lori dapat membongkar kegiatan sindiket dadah apabila berjaya merampas syabu seberat satu tan bernilai RM54 juta di sebuah gudang di Jelutong di sini Jumaat lalu. Suspek berusia 47 tahun tersebut diberkas di hadapan sebuah kedai di Jalan Tengah, Bayan Lepas pada pukul 3 petang selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh…

 
								 
											









