BALIK PULAU – Suspek yang disyaki membunuh ibu kandungnya sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam tangki najis di rumah mereka di Jalan Sungai Burung di sini semalam diberkas polis kira-kira pukul 8.45 pagi tadi. Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD)di Jalan Air Putih, berhadapan Pejabat Kesihatan Daerah Balik Pulau. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku membunuh ibunya selepas berlaku pertengkaran mulut. “Dia (suspek) juga mengatakan, semasa kejadian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya