ALOR SETAR 17 Sept. – Suspek ketiga kes samun bersenjatakan parang di dua lokasi di Sungai Petani direman enam hari mulai hari ini selepas berjaya diberkas polis di Juru, Pulau Pinang semalam. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Balkhis Abdul Halim bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan senjata. Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap warna jingga tiba di perkarangan…










