Sumbang mahram, abang dihukum penjara 10 dan 12 tahun penjara dengan 3 sebatan - Utusan Malaysia

Sumbang mahram, abang dihukum penjara 10 dan 12 tahun penjara dengan 3 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN 19 Sept. – Seorang abang kandung dijatuhkan hukuman penjara 10 dan 12 tahun dengan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik perempuannya yang berusia 14 tahun.

Hakim Afidah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman penjara 10 dan 12 tahun yang berjalan serentak dan tiga sebatan kepada tertuduh berusia 23 tahun itu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan meraba dan menciumnya kira-kira pukul 1 pagi pada 7 September lalu yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram ke atas adiknya sendiri pada waktu dan hari yang sama di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian itu, mangsa yang diajak menonton televisyen bersama abangnya di ruang tamu telah tertidur kemudian dirogol.

Meskipun mangsa cuba melawan namun telah diugut untuk dicederakan. 

Pertuduhan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Najihah Tengku Zahari manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini