KUALA LUMPUR 28 Sept. – Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menuntut ganti rugi RM300 juta daripada Clare Rewcastle-Brown, Gerakbudaya Enterprise dan Vinlin Press Sdn. Bhd. kerana mendakwa baginda terlibat dalam konspirasi dengan ahli perniagaan Low Taek Jho berkaitan skandal 1MDB dalam buku ‘The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose’. Surat tuntutan telah dihantar Khamis lalu kepada ketiga-ketiga pihak berkenaan yang merupakan Pengasas dan Editor Sarawak Report, penerbit buku…










