SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan cadangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam lelaki dan wanita daripada 16 kepada 18 tahun. Sultan Selangor bertitah, baginda memandang serius kes-kes seperti itu kerana bimbang tentang risiko kemudaratan masa depan pasangan tersebut dan kesannya kepada masyarakat kelak. “Baru-baru ini rakyat telah dikejutkan dengan kes yang melibatkan perkahwinan…










