KUALA TERENGGANU 29 Sept. – Bantuan kebombaan akan segera dikerah ke Sulawesi yang dilanda gempa bumi dan tsunami jika keadaan mendesak. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, pada masa ini pihaknya masih memantau situasi serta tahap kemusnahan yang berlaku di wilayah berkenaan. Beliau memberitahu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Sulawesi yang dilanda…











