Sukma harus lebih segar - Utusan Malaysia

Sukma harus lebih segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMPAI bila Sukan Malaysia (Sukma) hanya menjadi medan untuk mencungkil bakat-bakat baharu? Mat berpendapat temasya yang sudah berusia 32 tahun itu harus menerima perubahan dan berwajah baharu.

Mat Sport

Pihak penganjur atau Majlis Sukan Negara (MSN) mungkin boleh memikirkan satu cara terbaik untuk menaik taraf kualiti Sukma agar mempu­nyai prestijnya tersendiri.

Pada panda­ngan Mat, tidak salah andai MSN menyarankan agar setiap persatuan sukan kebangsaan meletakkan had kelayakan untuk menyertai setiap kejohanan peringkat kebangsaan dan menjadikan Sukma sebagai medan untuk atlet melayakkan diri.

Ini bermakna, setiap atlet yang bertanding dalam Sukma tidak hanya akan memburu pingat emas sahaja sebaliknya mereka akan berusaha sebaik­nya bagi mendapatkan slot automatik menyertai kejohanan peringkat kebangsaan.

Secara tidak langsung prestij Sukma mampu dinaikkan ke tahap lebih tinggi selain lebih kompetitif malah tidak mustahil lebih banyak rekod kebangsaan dapat diperoleh dalam temasya berkenaan.

Menerusi cara ini hanya yang terbaik akan menyertai kejohanan kebangsaan melibatkan sukan-sukan pilihan.

Sebelum ini Mat difahamkan bahawa untuk menyertai kejohanan peringkat kebangsaan tidak mempunyai apa-apa kelayakan dan semua atlet peringkat negeri layak me­nyertai.

Tidak salah andai pembaharuan dilakukan dalam Sukma selagi matlamat utama temasya tidak tersasar dari landasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN