Sukma 2018 Perak buka tirai - Utusan Malaysia

Sukma 2018 Perak buka tirai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Sesuai dengan tema Wow Kita Hebat, temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak 2018 dibuka secara rasmi dalam pancaran cahaya gilang gemilang di Stadium Perak di sini malam ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berangkat menyempurnakan majlis perasmian itu tepat pada pukul 10.05 malam, setelah tertangguh kira-kira 45 minit dari jadual asal akibat hujan.

Namun cuaca tidak mendingini semangat semua peserta dan penonton. 

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berangkat ke majlis perasmian tersebut.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu serta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sultan Nazrin meletakkan sebilah keris ke dalam kotak yang kemudian memancarkan laser warna warni dan menyalakan obor temasya dengan disaksikan ribuan penonton yang bersorak terpesona.  

Terdahulu, baginda berkenan menerima obor dibawa oleh Chef de Mission kontinjen Perak, Loo Kum Zee, bekas atlet lompat tinggi kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN