SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan suspek utama kes samun kedai dobi layan diri dan kedai runcit 24 jam di sini pada Selasa lalu direman selama enam hari bermula hari ini. Pada masa sama, isteri suspek yang berusia 32 tahun turut direman dalam tempoh yang sama untuk membantu siasatan. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit di Mahkamah Sungai Petani di sini sebentar tadi.…









