KUALA LUMPUR 2 Sept. – Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bermula semalam jelas menimbulkan kekecewaan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, majoritinya beranggapan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan berikutan sebelum ini rakyat dimomokkan dengan jaminan SST boleh menurunkan harga barang. Menurut beliau, sebaliknya apa yang berlaku semalam adalah kebanyakan barangan dan…