PERMATANG PAUH 1 Sept. – Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang mula berkuat kuasa hari ini akan memberi lebihan wang kepada rakyat untuk berbelanja. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ini kerana kerajaan hanya mensasarkan kutipan SST sebanyak RM2 bilion sebulan. Jumlah itu, ujar beliau, jauh lebih rendah berbanding RM4 bilion sebulan yang dikutip daripada rakyat menerusi pelaksaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diguna pakai sebelum ini. “Berbanding dengan nilai RM4 bilion seperti ketika pelaksanaan GST, ini bermakna rakyat mempunyai duit poket…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya