SHAH ALAM 12 Sept. – Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan wang berjumlah RM10,000. Menurut sumber, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan kira-kira pukul 4 petang tadi. Jelas sumber, suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang sebanyak RM10,000 sebagai balasan melepaskan orang awam yang ditahan atas kesalahan dadah. Pengarah SPRM…










