SPRM bertemu Tun Daim 45 minit - Utusan Malaysia

SPRM bertemu Tun Daim 45 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull dilihat keluar dari pekarangan Menara Ilham pada pukul 11.25 pagi.

Bagaimanapun, usaha pihak media yang menunggu di pekarangan menara tersebut untuk mendapatkan kenyataan Shukri gagal.

Difahamkan, Shukri hadir untuk bertemu Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan mengenai transaksi tanah meragukan di ibu negara yang berlaku ketika pentadbiran kerajaan lalu.

Terdahulu, Shukri tiba di Menara Ilham pada pukul 10.40 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana dan diiringi dua kenderaan lain iaitu Subaru Forester dan Proton Preve.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN