KUCHING – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg di sini hari ini melakar sejarah tersendiri apabila menghasilkan replika bendera Jalur Gemilang bersaiz gergasi yang diperbuat daripada 10,296 bekas telur terpakai sempena sambutan Hari Malaysia, Ahad ini. Pengetua SMK Tun Abang Haji Openg, Affida Helmi berkata, seramai 1,500 warga sekolah berkenaan yang terdiri daripada guru dan pelajar telah terlibat dalam menghasilkan replika bendera kebangsaan itu secara gotong-royong. Menurutnya, Jalur…










