SMK Ceneh Baru bersama Semarak Jalur Gemilang - Utusan Malaysia

SMK Ceneh Baru bersama Semarak Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 12 Sept. – Buat julung kalinya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ceneh Baru menganjurkan Program Semarak Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, hari ini.

Program bagi menyemai apresiasi terhadap perjuangan kemerdekaan dan kecintaan kepada negara dipenuhi dengan pelbagai kegiatan termasuk ceramah oleh Jabatan Penerangan,  persembahan gamelan dan kebudayaan oleh pelajar serta tarian oleh kumpulan Srikandi Tari melibatkan kalangan guru.

Jurucakap program, Hanizan Abdul Manan berkata, di samping itu  turut diadakan acara berjalan kaki sejauh 16 kilometer dengan membawa bersama Jalur Gemilang untuk diserahkan kepada pihak tuan rumah di dua lokasi persinggahan.

“Idea program ini dicetuskan oleh Pasukan Pengakap Kelana Pra Universiti SMK Ceneh Baru, Ceneh Rover Moot (CHROM) dan mendapat kerjasama SMK Ceneh Baru, SMK Cerul dan Jabatan Penerangan Daerah.

“Diharap langkah ini juga dapat memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar, mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan antara warga sekolah dengan masyarakat luar melalui aktiviti bersama,”ujarnya.

Pegawai Jabatan Penerangan Daerah, Affendi Ahmad menutup program itu dalam majlis yang turut dihadiri Pengetua SMK Ceneh Baru, Abdul Wahab Awang dan Pengetua SMK Cherul,  Nawi Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN