PARIT BUNTAR 12 Sept. – Kontinjen Terengganu berjaya mengekalkan penguasaan mereka dalam acara berbasikal Sukan Malaysia (Sukma) apabila memenangi dua emas masing-masing dalam ujian masa individu lelaki dan wanita di Arena Batu Kurau hari ini. Mohamad Nur Aiman Mohd. Zariff mempertahankan emas yang dimenanginya dua tahun lalu selepas mencatatkan masa 43 minit, 53.128 saat (s) meskipun beraksi dalam keadaan demam. Rakan sepasukannya, Muhammad Shaiful Adlan Mohd. Shukri memenangi perak setelah…










