NEW DELHI 23 Sept. – India melancarkan skim insurans kesihatan terbesar di dunia, `Modicare’, yang akan memberi perlindungan kepada 500 juta penduduk miskin. Program itu menjanjikan perlindungan kesihatan bernilai 500,000 rupee (RM28,493) kepada setiap keluarga miskin bagi membantu rawatan penyakit kritikal. Skim itu dijangka menelan kos sebanyak AS$1.6 bilion (RM6.6 bilion) setahun dari kerajaan pusat dan 29 kerajaan negeri dan pembiayaan dijangka akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan.…










