KUALA LUMPUR 26 Sept. – Sistem kewangan Malaysia dijangka mampu kekal berdaya tahan meskipun berdepan tekanan ekonomi makro dan kewangan yang teruk berdasarkan ujian tekanan terkini yang dijalankan Bank Negara Malaysia (BNM). Menurut BNM, institusi kewangan buat masa ini berjaya mengekalkan jumlah penampan modal sebanyak RM135.9 bilion. Katanya, BNM berwaspada dengan perkembangan domestik dan luaran yang boleh menjejaskan kestabilan kewangan domestik, termasuk langkah berjaga-jaga dalam keadaan kewangan global dan turun…










