Siew Kiong hasrat tanding Timbalan Presiden MCA - Utusan Malaysia

Siew Kiong hasrat tanding Timbalan Presiden MCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 13 Sept. – Timbalan Pengerusi MCA negeri, Datuk Tee Siew Kiong umum hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden MCA Pusat pada pemilihan parti, November depan.

Siew Kiong berkata, beliau bersedia menggalas tanggungjawab tersebut bagi mengembalikan semula maruah parti itu yang mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Saya perlu menegaskan bahawa hasrat saya bertanding bukan untuk menerima apa-apa manfaat sebaliknya hanya berharap untuk memberi sumbangan dalam proses pembinaan semula parti menerusi pengalaman saya dalam parti mahupun urus tadbir kerajaan.

“Sekiranya MCA hendak bangkit semula, titik penolakan terbaik adalah dari Johor menuju ke seluruh negara bagi membantu memimpin parti mara ke depan sekali gus mengembalikan kegemilangan parti pada masa dahulu,” katanya selepas perjumpaan dengan ketua bahagian MCA Johor di sini sebentar tadi.

Seramai 24 daripada 26 ketua bahagian dan wakil MCA Johor hadir menyatakan sokongan terhadap hasrat Siew Kiong untuk bertanding. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN