IPOH 21 Sept. – Menjelang Sukan Malaysia (Sukma) 2018, yang bakal melabuh tirai esok, persaingan kini terarah kepada atlet-atlet yang bakal dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati temasya tersebut. Persaingan status olahragawati dilihat paling sengit pada temasya kali ke-19 ini kerana kebanyakkan atlet berjaya menyerlah selain melakar keputusan yang cemerlang. Antaranya daripada sukan gimrama, Rayna Hoh yang mewakili Wilayah Persekutuan dengan merangkul lima emas dalam kesemua acara yang disertainya pada temasya…










